Monday, 2 October 2017

SALE Siti Khadijah

Assalamualaikum harini saya nak cerita pengalaman saya pergi ke Clearance Sale di Alamanda. Meriah memang meriah. Beratur panjang memang beratur panjang 😍

Tak larat nak beratur panjang, telekung yang kami ambil tu letak balik pergi beli kat Outlet Siti Khadijah kat atas. Memandangkan Daie baru keluar, jadi ada diskaun so kami beli set daie tu. Siap dapat free porch beg πŸ˜ƒ Harga asal RM 175, lepas less RM 157. 😍





Ni info kat bawah, saya ambil dari FB Rasmi Siti Khadijah ye. Boleh lah cuci mata. Oppss, Fatihaa Lite sold out ye πŸ˜‚

SITI KHADIJAH MEGA CLEARANCE SALE 2017 di CENTER COURT ALAMANDA PUTRAJAYA ( 2-8 OKTOBER 2017 / 7 HARI )

Berita gembira buat penggemar koleksi SK, buat pertama kalinya dalam sejarah SK akan mengadakan jualan terbesar bagi melelong lebih 10,000 pasang telekung SK yang tidak MENCAPAI STANDARD KUALITI dan nikmati DISKAUN sehingga 40%.

------------------------------------------------------------------------

Antara produk Siti Khadijah yang akan ditawarkan pada harga yang TERMURAH yang pernah diberikan oleh Siti khadijah adalah seperti:

Faatiha Lite:
Harga Asal: RM109, Harga MEGA CLEARANCE: RM92

Klasik Basic 1.0:
Harga asal: RM150, Harga MEGA CLEARANCE: RM127

Klasik BLE:
Harga Asal: RM175, Harga MEGA CLEARANCE: RM148

TPO Harmoni:
Harga Asal: RM229, Harga MEGA CLEARANCE: RM183

dan banyak lagi koleksi telekung dan aksesori untuk menjadi milik anda pada harga yang SANGAT BERBALOI.

Rujuk Instagram: @catalogue.sitikhadijah untuk senarai lengkap produk dan harga MEGA CLEARANCE 2017.

......................................................................................................

APA KAH MAKSUD TIDAK MENCAPAI STANDARD?
- Terdapat kesan kotoran minimal
- Benang tercarik yang tidak terlalu kelihatan
- Kesan bintik hitam yang sangat minimal
- Kualiti sulaman pada renda yang tidak sempurna

Anda perlu hadir menjadi yang terawal utk pastikan anda dapat yang terbaik pada harga yang sangat berbaloi ini.

------------------------------------------------------------------------

Jom beramai - ramai memeriahkan expo jualan terbesar sempena penghabisan stok SK bertempat di

Lokasi : Centre Court, Alamanda Shopping Mall, Putrajaya
Tarikh : 2 - 8 Oktober 2017 (7 hari)
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
KID'S CORNER JUGA DISEDIAKAN

------------------------------------------------------------------------

Pada yang tidak dapat hadir, anda boleh mengirim order tanpa upah tambahan daripada Personal Shopper VIP Siti Khadijah #SKVIPPS dibawah:

1) @ps_azirabeevi : +6019 - 281 2146
2) @ps.mimie : +6017 - 670 3656
3) @ps.seha : +6017 - 674 2877
4) @msdelivery_ : +6013 - 272 3867
5) @ps_sweetduck : +6011 - 1009 4169
6) @ms.personalshopper : +6010 - 268 4646

Stok bagi setiap koleksi adalah terhad
Hotline SK : 010 6000 864
Website SK : www.sitikhadijah.com ~ Lambang Cinta Abadi
_

Sunday, 24 September 2017

Buku Program Sempena Bulan Penutup Kebangsaan

Teks : Nurul Sa'adah binti Mat zian

Selamat pagi semua. Harini saya nak share sikit tentang Buku Program yang saya buat untuk Bulan Penutup Kebangsaan. Buku Program ni tiga hari saya buat memandangkan 3 hari jugak kami kerap keluar sekolah untuk aktiviti. Jadi inilah hasilnya yang tak seberapa. Dan part best, GPK Kurikulum dan Tadbir memuji hasil ni. Katanya buku program ni sangat kemas dan cantik. Buat hati berbunga-bunga nak buat lebih baik lagi lepas ni. Dan ye, kena jadi lagi AJK Buku Program untuk Hari Graduasi nanti 😍

Kat bawah saya share ya gambar yang saya hasilkan. Saya guna kad manila sebab keras sikit. Rama-rama tu print out je dari google 😍



Untuk cikgu yang kekeringan idea nak buat Buku Program atau Kad Jemputan apa pada majlis kat sekolah tu, boleh la cedok idea ni.πŸ˜ƒ


Friday, 22 September 2017

Kerabu Maggy yang sedap

Selamat pagi semua. Pagi ni saya nak celoteh sikit pasal kerabu maggy. Al-kisahnya minggu lepas ada seorang rakan sekerja berikan pada saya 5 bungkus Maggy Siam tu. Kalau benda ada depan mata, apa lagi jadi je benda kan😍

Dan saya upload ke facebook peribadi saya tentang kerabu maggi memandangkan Encik Suami pun suka betul kat kerabu maggy kan 😍

Ada seorang kawan saya WhatsApp katanya teringin nak makan kerabu maggy tapi tak reti buat. Mungkin ini namanya rezeki, saya lun berkongsi rezeki dengam buatkan utk beliau Kerabu Maggy tersebut. Katanya sedap betul maggy tu sampai tak reti nak cakap macam mana😍

Nah lah saya belanja sikit gambar Kerabu Maggy tu 😍

Monday, 3 July 2017

Petik sayuran Hidroponik

Petik sayuran harini. Selepas sebulan, harini kami dapat merasa hasilnya dan kemudian minta murid pasarkan terus. Yang best, murid istimewa ni tak malu langsung pergi berjalan jual sayur.

Jadi harini murid PPKI belajar :

🌷 Menggunakan alat penimbang dan mengaplikasikan Matematik didalam kehidupan

🌷 Cara memetik tanaman dengan cara yang betul

🌷 Cara memasarkan hasil tanaman kepada guru-guru di bilik guru

🌷 Cara membungkus dengan betul

Tuaian kalini ialah Sawi Pak Choy. Tadi sempat semai sikit Sawi Pak Choy dan Kailan.










Nota Hidroponik : Saya tetap wangi walaupun dh berpeluh! Hiks

#dairicikguadda

Wednesday, 7 June 2017

Langkah basic buat Homemade Chocolate

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Kali ni saya rasa nak share tentang langkah-langkah asas yang boleh digunakan untuk buat Homemade Chocolate. Dengan langkah ni jugak anda dah boleh perlahan-lahan cuba dan buat ikut kreativiti dan hasilkan hadiah untuk suami, anak, mak dan ayah.

Tekan link ni -----> Langkah Asas untuk buat Homemade Chocolate

Saya ada share langkah tersebut di FB saya. Jadi boleh tekan link tersebut ye. Saya izinkan jugak anda untuk share 😍

Jika ada tak faham, boleh tanya saya terus ye. Jangan inbox saya sebab lambat respond πŸ˜ƒ

Kat bawah ni, hasil tangan saya. Nak banyak contoh lagi boleh refer album FB dan page saya Choc Empire.




Jumpa lagi dan selamat mencuba πŸ˜ƒ

Sunday, 4 June 2017

Resepi Kerabu Maggy Viral

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Lama betul saya tak update blog ni kan. Rasa lain pula tak update blog sebab biasanya akan update jugak walaupun sekejap. Kali ni saya nak share sikit, cara buat Kerabu Maggy yang viral tu. Mesti ramai tercari-cari kan sebenarnya senang sangat nak buat.

Kat bawah ni saya bagi step by step untuk buat Kerabu Maggy tu ye πŸ˜‰

Oh ye, boleh tekan klik disini -------> resepi Kerabu Maggy Viral

Link kat atas akan terus ke facebook saya. πŸ˜ƒ


Pertama sekali wajib ada maggy siam ni. Banyak jual kat kedai runcit kelantan. Sebungkus RM 1. Sekotak ada 30 bungkus hanya RM 25.

Rebus maggy ni dan toskan air. Kalau nak masukkan udamg, sotong atau apa2 jenis bebola, rebus selepaa itu.


Bahan-bahan A :

1. Bawang merah ( hiris nipis-nipis )
2. Bawang holland ( hiris nipis-nipis )
3. Cili padi ( potong bulat-bulat )
4. Tomato - potong dadu atau hiris
5. Serai - potong bulat



Bahan B :
1. Sosej 
2. Asam limau 
3. Rencah


Bahan A dan B gaul sekali. Asam limau perah dalam maggy tu. Ikut tekak anda la masam tu macam mana nak ye.

Dan kat atas hasil saya buat. Kecur tak?πŸ˜ƒ

Selamat memcuba.



Tuesday, 18 April 2017

Ragam

Assamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya Ziyad semakin membesar banyak akal. Semalam balik lewat sebab saya ada meeting rupanya die seolah merajuk. Dia akan buat perangai pelik-pelik nak suruh kita marah. Biasanya bila saya say sorry kt dia baru die happy. Dah pandai walaupun 2 tahun.

Semoga membesar dengan sihat Ahmad Thariq Ziyad.

Sunday, 9 April 2017

Terapi Boling ni bagus ke untuk murid istimewa?

Terapi Boling ni sangat bagus untuk murid khas dalam meningkatkan motor halus dan motor kasar murid. Lagi satu, menguatkan otot pada bahagian tangan. Jangan terkejut lama-lama, dorang ni boleh menulis. πŸ˜ƒ Dan paling penting memupuk sifat sobariah dalam diri murid supaya bertabah ketika menanti giliran membaling bola boling. 😍



Ada fisrt time yang datang main, berjalan riang ke lane, of cos la terjatuh atas lane sebab licin khensss.



Cikgu kurus kejar budak jea weyh 😍

Okay, next time insyaAllah saya akan share lagi dengan lebih detail yer.

Salam sayang dari saya.

Sunday, 19 March 2017

Cara pujuk si dia merajuk

Dalam hubungan mesti ada pasang surut, ada masa gembira ada masa keruh sedikit tapi jangan risai, saya sudi bantu kalian.

Kalau Si Dia merajuk pakwe atau suami tak tahu nak pujuk, contact lah saya.

Saya bantu kembalikan senyuman di wajah kesayangan anda dengan membuat poslaju secara mengejut ke alamat pasangan anda. Saya jugak boleh bantu anda untuk tulis ucapan sweet tu atas kad.

Perfume dengan wanita ibarat irama dan lagu, andai dipisahkan rosaklah seni pincanglah lagu. Chewahhh.

Cuba tengok contoh di bawah ☺


Kalau tak tahu pilihan terbaik buat si dia, meh kita borak-borak awam bagi saya gambaran karektor insan tersayang awak! Dan kami tolong awak semua pilih perfume yang sepadan dengan karektor si dia. Tak susah pun nak buat die touching ☺

Lagi touching kalau awak bagi dia perfume yang sesuai dengan karektor diri die sebab dia akan rasa awak sangat memahami dia. Sentimental value gitu kan. Mesti dia sayang habis kat awak nanti. ☺

Harga kasih sayang ialah RM 40 termasuk box dan wish card. Nanti atas kad boleh lah tulis ayat sweet sampai bersemut kad awak tu nanti ye. Postage RM 8 sm RM 10 ss.


Kalau berminat, contact saya di 013-3324830.

Sekian terima kasih.

Sunday, 26 February 2017

Sebelum tidur

Antara rutin harian saya sebelum tidur ialah cuci muka dan gosok gigi. Minum air suam dan saya amalkan tasbih Saidatina Fatimah R.A.  Caranya ialah Alhamdulilah 33x, Allahuakbar 33x dan SubhanaAllah 33x. Amalkan sebelum tidur insayAllah urusan esoknya dipermudahkan. 😍

Friday, 24 February 2017

Topik : Jalinan Sentuh

Teks : Nurul Sa'adah Mat Zian
Foto : Nurul Sa'adah Mat Zian

Minggu ke-8. Rupanya silibus mengajar Jalinan Tampak atau Jalinan Sentuh. Carian google membantu untuk memantapkan pemahaman. Fikir punya fikir nak ajar apa untuk tajuk ni sekali dapat idea. Alhamdulilah, idea dari Allah ☺

Induksi saya start dengan terangkan apa itu Jalinan Sentuh. Tengok muka anak murid saya tahu mereka tak tahu walaupun mulut cakap faham. Dah terang dalam 3 minit, minta murid keluar ke rak kasut sebab contoh jalinan sentuh paling dekat ada kat situ. Tapak kasut salah satu contoh jalinan sentuh.

Lepas tu bawa murid bersiar-siar makan angin kawasan sekolah cari jalinan sentuh. Salah satu, pasu bunga bukan yang jenis licin. Pokok kayu yang menggerutu.

Ada sorang dalam kelas autisme. Bila cikgu pegang tangan, tangan sejuk. Saya tahu saraf-saraf murid ni sedikit lemah. Jadi dia akan kurang suka menulis berbanding rakan sekelas lain. Budak autisme kurang deria. Untuk murid ni saya pegang tangan gosok di kayu pokok berkali sampai die beri respon sedikit geli. Akhir sekali, bunga tayar kereta. Ni pun contoh jugak taw!

Bila cikgu minta rasa sikit bunga tayar, boleh anak murid jawab " Teacher, are you nuts?" Haha

Thank you kids. Walaupun kelas ni haru biru. Dalam kelas ni ada murid sweet talker selalu bagi ayat manis kt cikgu.hihi

Hasil kerja murid istimewa saya


Hasil kerja murid saya

Mula buat kerja. Tak siap tak boleh balik. Hihi


Nota jalinan sentuh : Untunglah dulu anak murid Cik Siti Salamah, Puan Shariza, Mr Raymond & Madam Magesh. Hihi


Wednesday, 22 February 2017

Terobek Sikit

My kids enjoy sangat semalam. Sampai cikgu pun gelak sekaki. Kadang -kala ketawa buat kite lupa kejap masalah kite. Enjoy je semalam. ☺ pagi start dengan Aerobik. Lama saya tinggal aerobik, last masa kat Kunak dengan kak Along Henny Erlina. Rindu betul dengan suasana dulu ☺

Lepas dah panas, mula main music chair. Bagi kanak-kanak normal mungkin ni permainan biasa-biasa je. Bagi anak istimewa, ini latihan koordinasi mata, telinga, kaki dan badan. Mereka faham konsep bermain dan dapat berebut kerusi ketika muzik di hentikan sudah satu rahmat.  Sekurangnya mereka beri tindak balas. Ada yang menang, sampai melompat sambil cakap " Yes, I Won". Seronok sangat sampai cikgu pun tolong main sekali! πŸ˜‚

Sambung sukaneka. Part ni paling mencuit hati. Ada yang takut nak pecahkan belon. Ada yang termuntah bila muka masuk tepung.  Ada pelbagai ragam.

Tengahari semua dah flat. Gagahkan diri je mewarna. Kalau menang dapat hadiah. Walaupun hadiah biasa, besar makna bagi murid. Sebab murid istimewa tahu kite orang normal hargai mereka. Kalau bukan kita hargai mereka, siapa lagi kan. ☺

Terima kasih my kids. You made my day.😍

#diaricikguadda

Tuesday, 21 February 2017

Fakta tentang Minyak Wangi

Hari ni saya nak share dengan anda semua fakta tentang minyak wangi. Minyak wangi atau lebih dikenali Perfume ini berasal daripada perkataan Latin yang bermakna " melalui asap "




Minyak wangi juga digredkan mengikut kekuatan daripada kuat ke paling lemah. Perfume, Eu De Perfume, Eu De Toilette, Ea De Cologne, dan Aftershave. Kalau anda perasan jika ke kedai terdapat semua jenis yang saya nyatakan diatas. 


Minyak wangi juga perlu dikenalan di tempat-tempat seperti pergelangan tangan, leher, belakang telinga dan crooks senjata akam berbau kuat dan tahan lebih lama


Jika anda mahukan Pepium Kochek, hubungi saya di talian 013-3324830 atau di instagram @cantikmanis. Sekian Terima Kasih 

Hari Mandi Peluh

Berpeluh macam nak banjir je harini sebab beraerobic dengan budak. Al-maklum lama tak aerobic taw. Dah lama tak aerobic, bila jawatankuasa tugas keluar, rupanya saya kena instruct aerobik. Fuhhhh. Kena berlatih dulu ni.

Dua hari berlatih dirumah. Saya pilih lagu Jomblo Happy dengan Pencuri Hati. Best rancak ☺

Tapi pagi-pagi kakak dah sembur Gucci Flora. Terasa ringan kaki dan tangan melayang di udara!

Sampai rumah, kaki rasa kejang pulak! Last rasa macam ni bila main netball sampai final je ☺

Tips kakak aerobic : Bila nak aktif / bersukan, pastikan pilih haruman yang agak sedikit kuat supaya bau peluh tenggelam.


Thursday, 16 February 2017

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Teks : Nurul Sa'adah Mat Zian
Foto : Koleksi Nurul Sa'adah Mat Zian & enjin carian

Antara produk / servis saya tawarkan adalah :

1. Pepium Kochek by Khadijah Ibrahim

Di bawah jenama ini terdapat 16 jenis haruman bagi wanita. Manakala 14 jenis haruman untuk lelaki.
Setiap botol mempunyai 10ML. Minyak wangi ini sangat sesuai untuk kaki travel dan juga mesra pengguna. Harga ialah RM 17, bagi Miss Perfume pula RM 22.





2. Xtra Strenght Little Trees

Pewangi jenis ini sesuai untuk kereta, kediaman serta untuk mewangikan almari baju. Haruman ini kekal tahan lama selama 8 minggu penggunaan. Terdapat beberapa haruman yang boleh di cuba mengikut keserasian peribadi masing-masing. Harga sepaket RM 20.















3. IV Mist Aromatic Nano Oil & IV Kid

Campuran pelbagai jenis herba yang baik untuk kesihatan. RM 25 untuk IV Mist dan IV Kids RM 23. InsyaAllah membantu untuk melegakan batuk, demam, selsema serta baik untuk kejang otot.




















Wednesday, 15 February 2017

PENGENALAN DIRI

TEKS : Nurul Sa'adah Mat Zian
FOTO : Koleksi peribadi Nurul Sa'adah Mat Zian

Nama penuh saya ialah Nurul Sa'adah Binti Mat Zian. Saya berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun saya menerima pendidikan di Negeri Parameswara, Melaka. Saya dilahirkan pada 15 Disember 1989.  Saya merupakan anak pertama daripada 8 orang adik beradik. Kedua ibu bapa saya merupakan warga pendidik.

Saya menerima pendidikan awal di SK Dato Naning, Alor Gajah Melaka. Seterusnya saya meneruskan pengajian saya ke peringkat menengah rendah di SMA ( JAIM ) Pulau Sebang. Ketika bersekolah di sana saya aktif bersukan dan pernah menerima Anugerah Olahragawati peringkat Sekolah pada ketika itu dan saya juga mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan sukan. Keputusan Pencapaian Menengah Rendah saya pada ketika itu kurang memuaskan. Saya telah meminta kepada ibu saya untuk bersekolah di sekolah harian biasa.

Memasuki tingkatan 4, maka bermulalah episod baru saya. Saya telah mendaftar tingkatan 4 di SMK Dato Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Aliran yang telah saya pilih ketika itu ialah aliran akaun. Keputusan peperiksaan saya semakin baik. Semasa di tingkatan 5 saya pernah mewakili sekolah ke Pertandingan Pantun. Walaubagaimanapun pasukan sekolah kami hanya mendapat tempat kedua sahaja dan tidak layak ke peringkat Negeri. Semasa bersekolah di sana juga saya telah menerima pelbagai anugerah. Antara anugerah yang pernah saya terima ketika di sana ialah Anugerah Mata Pelajaran Agama Islam Terbaik bagi Tingkatan 4 dan 5. Saya juga pernah menerima Anugerah Murid Berjasa Sekolah sempena Hari Qualiti sekolah saya semasa di tingkatan 5.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumumkan. Sungguh tidak saya sangka, saya merupakan antara pelajar cemerlang SPM tahun 2006 di SMK Dato Dol Said. Bagi saya ini merupakan satu memori yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana pertama kali saya melihat ibu saya berlari kegembiraan sambil memegang keputusan SPM saya itu.

Seterusnya saya menyambung pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu selama 5 tahun 1/2. Pelbagai rintangan dan onak duri telah saya lalui untuk mengenggam segulung ijazah. Pada Disember 2012 maka berakhirlah pengajian saya di sana dan kami semua akan menerima penempatan kami. Penempatan pertama saya alah di Negeri bawah bayu iaitu Sabah.

Pengalaman bekerja selama 4 tahun ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Dimana saya merupakan salah seorang guru Pendidikan Khas. Saya biasa melihat insan yang serba kekurangan. Ini mendidik jiwa saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada. Jika mereka boleh berjaya mengapa tidak saya yang cukup segala sifat.

Sebelum saya mendapat panggilan penempatan, saya juga pernah bertugas sebagai Guru Ganti di salah sebuah sekolah di Kuala Krai. Mengajar murid yang hanya berbeza beberapa tahun dari usia cikgu juga sangat memcabar minda saya.

Memandangkan saya ini merupakan anak sulong dari adik beradik saya, saya perlu memcari sumber pendapatan saya sendiri. Saya mula menjual tudung-tudung kepada rakan-rakan sama aliran dengan saya ketika menuntut di Institut. Selain itu juga saya pernah mengetuk pintu dari bilik ke bilik membawa sampel kuih raya. Untung pada ketika itu boleh dikira lumayan. Kerana sebalang saya akan untung RM5. Dapatlah saya beri duit raya kepada adik saya. Pada tahun akhir pengajian, saya pernah mengambil upah menjahit manik baju rakan-rakan serta kenalan terdekat. Pendapatan hasil menjahit manik pada ketika itu saya lumayan.

Tidak berakhir disitu sahaja, selepas tamat pengajian saya memulakan perniagaan membuat " Homemade Chocolate". Saya iklankan perniagaa saya lakukan ini di media sosial dan ia mendapat sambutan yang sangat hangat pada ketika itu sehingga tak menang tangan saya dibuatnya.

Buku bacaan yang suka saya baca ialah Law Of Universal Attraction Oleh Zuhairi Nopiah, dan Mudahnya Menjemput Rezeki. Buku ini sering saya jadikan rujukan dalam kehidupan dan saya juga turut mempraktikkannya. Selain itu juga saya suka buku Act Like A Lady, Think Like A Man.

Matlamat saya menyertai ABDR ini ialah ingin memantapkan lagi pengetahuan saya dalam dunia penulisan dan ingin bertukar-tukar pengalaman bersama-sama penulisan blogger yang lain.

Sekian Terima Kasih.